ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️❤
entry kali ni mira nak share pula tentang TIPS hadiri temuduga di IPTA
..............
Bagi adik-adik yang mohon kursus pengajian di UPU yang mempunyai tanda # temuduga, pastikan adik-adik buat persediaan yang secukupnya.
SEBAB NYAAA.....Cabaran untuk merebut kuota tempat yang disediakan itu lebih mencabar daripada mereka yang memohon kursus yang tidak mempunyai temuduga iaitu hanya bersandarkan kepada keputusan akademik 90% dan kokurikulum 10% semata-mata
PASTIKAN adik-adik semua tonjolkan kemahiran komunikasi yang baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam kursus pengajian yang dipohon dan berkeyakinan tinggi semasa ditemuduga nanti
....
PERSIAPAN MENJELANG HARI TEMU DUGA 👥
- Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.
- Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar serta memakai minyak wangi yang baunya menyengat atau mengenakan solekan yang keterlaluan.
- Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi bagi lelaki dan kemas bagi perempuan yang tidak bertudung. Pada yang bertudung jangan memakai tudung yang terlalu fesyenista. Cukup sekadar ala kadar dan kemas.
- Kasut pula seeloknya mestilah bertutup bagi lelaki dan perempuan.
- Pastikan anda membawa surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh panel temuduga. Pastikan ianya tersusun kemas di dalam fail mengikut turutan tahap akademik. (DOKUMEN SALINAN PERLU DI SAH KAN)
- Tentukan dimana, bila dan pukul berapa temu duga akan diadakan. Pastikan anda sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda boleh menenangkan diri tetapi jangan sampai terlalu awal nanti cemas pula. TAPIIII Jangan pula sesekali-kali datang lambat.
TIP KETIKA DITEMUDUGA 👥
- Semasa hendak masuk ke bilik temu duga hilangkan semua perasaan gentar. Fikirkan jika anda gentar, kemungkinan tinggi akan gagal dalam temu duga ini. Tentu buang masa sahaja hadir. Cuba kawal emosi dengan bercakap lancar. Jangan fikirkan apa panel penemuduga akan fikir mengenai anda. Tonjolkan keyakinan diri dan ianya akan menambat hati penemuduga.
- Apabila dipanggil masuk, berikan salam dan ucapan “selamat pagi/petang” mengikut keadaan waktu berserta dengan senyuman dan pandang semua panel penemuduga (eye contact).
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak membuat gerakan dahulu.
- Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan cuba untuk mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan letakkan barang-barang lain (letak di tepi kerusi anda), tangan ataupun siku di atas meja penemuduga.
- Jangan duduk bersilang kaki, goyang-goyangkan kaki atau mengerakkan ke sana ke sini.
- Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
- Apabila bercakap pandang muka penemuduga (eye contact).
- Jangan menjawab soalan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan dengan tenang dan jelas.
- Jangan sesekali mengeluarkan fakta yang tidak benar atau mendiamkan diri. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal, berlaku jujur dengan berterus terang bahawa anda tidak mengetahui jawapannya.
- Apabila diminta memperkenalkan diri, mulakan dengan nama penuh anda, latar belakang keluarga dan latar belakang pendidikan, aktiviti anda dan sebagainya.
- Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
- Apabila menyebut nama penemuduga gunakan gelaran seperti Tuan/Tan Sri Dato dan sebagainya. Jika tidak yakin gelaran penemuduga tersebut gunakan gelaran tuan atau puan.
- Tumpukan perhatian pada setiap soalan yang ditanya dan beri jawapan yang tepat dan sempurna.
- Cuba kembangkan jawapan, jangan sekadar menjawab ya atau tidak sahaja.
- Jangan mengunyah sesuatu semasa temuduga berjalan.
- Jangan sesekali menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu sesama mereka.
- Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham atau jelas mengenai soalan yang ditanyakan.
- Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur aduk dengan bahasa yang lain. Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam Bahasa Melayu jika Bahasa Inggeris, perlu bersedia untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris.
- Diakhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang untuk hadir pada temuduga itu.
- Jika diberi peluang bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah sahaja.
PUNCA GAGAL TEMU DUGA 👎
- Lemah ketika sesi perbincangan dalam kumpulan
- Bersikap pasif ( tidak menonjolkan diri dalam memberi hujah tentang topik yang dibincangkan )
- Tidak lancar bertutur dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ( pengalaman mira temuduga di UKM semua soalan dalam bahasa melayu )
- Kurang pengetahuan am / isu semasa tentang kursus yang anda pohon terutamanya
- Berpakaian tidak sesuai ketika menghadiri temu duga
- Salah mengisi borang permohonan (cth ; gred peperiksaan)
'Mira harap perkongsian ini dapat dijadikan rujukan kepada adik-adik sebagai persediaan menghadapi temu duga kelak. Jangan terlalu seronok sangat jika dipanggil temu duga kerana beribu calon yang ditemuduga hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan tempat untuk kursus berkenaan. Maka , jadikan tip ini sebagai panduan dan Mira doakan semoga anda berjaya!' ❤
BYE ! ❤
No comments:
Post a Comment