ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️♥️
entry kali ni mira nak cerita tentang kawan dan bagi sedikit tips untuk pilih kawan sebab awak semua mesti takut jumpa macam-macam jenis ragam manusia bila dah masuk alam universiti kan ?
....
sejujurnya mira seorang yang senang nak approach (mendekati) orang ,,
Since dari sekolah rendah asik bertukar-tukar sekolah , mira jenis yang ringan mulut untuk mulakan perbualan sebab ya laa ,, nak cari kawan
kalau malu-malu diam membisu memang lonely la kat sekolah tuu uolss 😁
..
HAHA
masa zaman sekolah menengah di sini 👇 ....
SMK dato penggawa barat , Pontian
sekolah kluster pastu tukar status jadi SBT
(2011 - 2015)
ada lah kami tubuhkan group BFF (best friend forever) 5 orang
tapi kami mula berpisah lepas tamat je tingkatan 3
(aku dapat PMR 8A dan kekal di SMKDPB) tapi mereka yang lain pindah sekolah daaan bermulah lah perjalanan hidup dengan mencari kawan baru bila naik form 4-5 😭
dijadikan cerita mereka ni lah yang kekal berkepit dari form 5, 6 dan contact sampai sekarang ( hi zana n barirah :P )
....
Bila masuk je alam universiti bermaksud yang kita dah pun masuk alam yang baru
(sebelum alam pekerjaan)
(sebelum alam pekerjaan)
da kenapaa nak alam alam ni HAHA entah la 😆
kat universiti ni kita jangan lah jadi sombong , malas nak senyum n tegur sapa sebab kat universiti ni laa tempat nak cari kawan ramai-ramai supaya ada memori indah dengan kawan-kawan masa kat universiti
nanti dah kerja , dah kahwin nak jumpa member pun masa suntuk eceeh 🙈
KENAL DENGAN ROOMMATE
~ masa awal masuk dulu yang kelakar nya mira tak de roommate , memang tidur pun sorang-sorang lah seminggu time orentasi tu . habis je orentasi baru roommate masuk . dari situ lah baru mula sesi suai kenal HEHE
..
TIPS; jadi lah roommate yang hormat privasi , prihatin dan jangan sombong sebab roommate lah yang ada dengan kita sepanjang di kolej 💁
KENAL DENGAN JIRAN BILIK
~Alhamdulillah mira jumpa jiran bilik yang sangat friendly , memula mira juga yang approach dulu pergi kat dia tanya nama kos asal mana semua , memandangkan diorang asik sengih2 malu JE kalau berselisih ke toilet / terserempak kat pintu bilik HAHA
so yaaahh .....
lepas je berkenalan dengan jiran bilik terus ajak lepak malam sama-sama pekena Char Kuey Tiaw kat kiosk HUHU
KENAL MASA MINGGU ORENTASI (MMM)
~ part ni paling best sebab mira jumpa kawan yang sekepala la juga dan "NGAM" 👭 sampai hari ni
(hang jangan dok gelak baca blog aku nih)
ni lah dia budak pulau (langkawi)
Halimatul Yasmin nama diberi , belakang tu Umira (satu kolej Form6)
ingat lagi masa hari pertama orentasi , terduduk sebelah budak utara ni
tertarik betul dengan loghat dia sebab sebelum masuk U lagi da berangan ada kawan utara
......
mula makin rapat sejak dia pinjam tudung putih mira kut ? HAHA
pergi mana-mana mesti orang ingat "roommate ka " "satu kos ka"
semua tu BUKAN,,
kami kenal masa orentasi jaaa HEHE
(tengok ni dah terikut loghat utaraa pulaaa)
(tengok ni dah terikut loghat utaraa pulaaa)
makin lama kenal makin senang nak cerita apa-apa masalah kat dia
TQ jadi pendengar luahan hati yang baik 😆
tapi kadang-kadang rasa juga dia ni annoying tanpa sedar HAHA (sama juga dgn iols)
(nanti dah habis belajar baca la balik blog ni mesti hang rindu aku シ)
tak lama lepas habis orentasi , kawan baik Yasmin pun masuk ke UKM (tapi kolej lain)
mira pun cuba la bergaul juga dengan kawan dia ni ; nama diberi Sabrina (memang jenis gegila juga perangai) NGAM jugaaa 👧
dan mira pun mula berkenalan dengan kawan sama kos mereka : Nanii ♡
maka nyaaa..... nyelit la daku antara mereka HAHA
Sabrina ,Nani , Mira , Yasmin
#ada lagi kawan-kawan lain yang mira jumpa time orentasi tapi maaf tak ada gambar bersama ☹️
#tak rugi jadi seorang yang friendly dan tak sombong kan ?
#alhamdulillah mereka ni baik-baik je tak ada la sampai mira "culture shock" jumpa kawan baru kat UKM ni
DALAM KELAS
Aisyah Umira , Mira , Qarinul Majid
kami satu kolej Ting 6 dan masuk UKM fakulti samaaa
~ disebabkan semua pelajar perlu daftar subjek secara "online" maka , kami yang satu kolej form 6 ni pun berpisah : dapat set / kelas yang berlainan
so dalam kelas (ada 9 kelas untuk sem 1 ni) mira cuba approach(mendekati) / berkenalan antara satu sama lain
alhamdulillah mereka pun baik-baik je , dapat group subjek yang baik , tolong menolong dan yang paling penting mereka tak pentingkan diri sendiri bila buat kerja secara kumpulan ツ
SERTAI KELAB
~ awal-awal bulan Sept (bulan pertama di UKM) , kami ada join kelab usrah atau nama nya "Born2BeStar"
yang ditubuh oleh akak-akak alumni UKM
kami semua tak kenal pun satu sama lain , time ni sesi suai kenal dengan semua ahli ♡
kami habiskan masa weekend ; berkelah sama-sama , buat game antara kumpulan , diberi tazkirah
memang dapat rapatkan hubungan silaturahim sesama ahli
BESTTT ! Tak menyesal pun join ッ
TIPS dalam MENCARI KAWAN :
- bergaul lah dengan mereka yang berakhlak mulia boleh bawa anda ke jalan yang benar dan tak bawa anda jauh daripada agama (mira sangat bersyukur dapat kawan yang tidak lupa untuk ingatkan diri ni tentang solat)
Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan (HR Abu Daud No: 4193) Status: Hadis Hasan Sahih
- sentiasa ber manis muka dengan orang lain supaya tak di cop "sombong" (nanti tak da sapa nak dekat dengan kita) シ
- sentiasa bertegur sapa kalau terserempak walaupun anda berlainan kos
- jadi lah seorang yang mudah didekati dan disenangi orang lain
- jangan dekati LEBIH RAPAT dengan mereka yang cuma ambil kesempatan dengan anda (bukan tak boleh kawan , tapi hanya berjaga-jaga nanti hati sendiri juga sakit HM)
- jangan jadi SELFISH / pentingkan diri sendiri (awak tak suka orang macam ni , orang lain pun tak suka juga)
"CHOOSE YOUR FIRENDS WISELY"
.......
BYE ! ❤
BYE ! ❤
kak, mcm mana nak beranikan diri approach org? saya ni jenis hyper tkut org yg culture shock ngn saya, bukan sebaliknya XD
ReplyDeletehaha saye lagi suka org hyper ni biasanya senang nak berkawan. be yourself, pilih kawan yg boleh masuk air sama2, bila dah berkawan jgn duduk dlm geng tu je, cuba bergaul baik dgn semua org supaya org selesa dgn kita. btw sye introvert. sebelum ni sama jenis hyper mcm awk. hehe
Deleteooh okay okay, tk yah takut ngn orng ke kak? hahaha sbb kadang nk approach tpi tkut reaksi dn responnya
Deleteoh? sebelum ni? akak dah tk hyper mcm dulu ke? kenapa? :( akak nampak baik dan sorg yg ceria bagi saya
btw, terima kasih kak ^^
ReplyDeleteSye ni jenis susah nk berkawan. Sye tkut nk memulakan perbualan jadi kadang2 saya snyp jela. Apa nasihat akak tu saye? 😭😭 Skrg bljr kat matrik still xbuat kwn
ReplyDeleteTak dinafikan kalau kita senyap org pun takut nak tegur kita . Bila da masuk alam universiti. Kawan ni mcm keluarga yg kira akan harapkan waktu senang/susah.. Tp jgn terlalu berharap dia akan balas baik mcm kita harapKan nnt kita yg sakit / terluka hehe. Kawan mcm biasa je. Bersikap matang tu penting. At least cari la Kawan utk belajar , utk teman berjalan, teman makan.
DeleteMcm sye x kenal lgsg sesiapa kt ukm. Jd dri situ sye try senyum2 n approach org tanya la dia dari mana apa semua n jgn diam je. Apa yg saya nampak, kat u ni ramai je yg dtg dari kenalan sama dari sekolah, n ada buat kelompok masing2 . Jadi kena buat something la kan?
Tips yg plg senang, rapat dgn roommate. Kawan dgn kawan2 dia. Jgn rasa sunyi ok 😃 😘
Dalam satu dorm, Semua tahun sama ke? Dan Semua ambil cost sama ke?
ReplyDeleteSaya pun srg yg pendiam...akak nk tnya dekat uni susah x nak jumpa org pendiam sama mcm sy ug jenis introvert...time sy sklh men dulu kwn rpt sy pun introvert dan sy hrp kwn baru sy pun introvert ...tapi sy lihat my classmate smua extrovert belaka ...synih dah lah tak reti nk buat eyes contact ...sy mesti ckp pandang kat tempat lain...
ReplyDelete