Thursday, December 6, 2018

Kenangan manis tunai Umrah 2018

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️

entry kali ni Mira nak share pengalaman dan kenangan manis dapat tunaikan Umrah dengan keluarga pada Februari 2018 

Ini adalah Umrah kedua Mira , 1st masa umur 6 tahun 
kali kedua ni masa umur 20 tahun


(8/2/2018 ~ 20/2/2018)

...

(rindu nak pergi sana lagi makin membuak-buak)

kami sekeluarga tunai Umrah dengan Pakej Umrah daripada syarikat Legenad Travel & Tours
(trip kami pergi ke Mekah dulu then pergi Madinah)

...

Pontian (JOHOR) → KLIA → JEDDAH → MEKAH → MADINAH

Persediaan paling utama yang perlu dititikberatkan adalah – perlu tahu apakah ilmu dan amalan yang mesti dilakukan bila tiba di tanah suci iaitu:
  1. Rukun umrah
  2. Bacaan semasa umrah
  3. Pantang larang umrah
  4. Bacaan sunat lain .          
.....

disebabkan kami terus bergerak ke Tanah Suci Mekah , maka dari rumah lagi kami dah mandi sunat Ihram dan siap-siap dengan pakaian tutup aurat 
(dari rumah mira pakai jubah dan kekal pakai jubah tu sampai habis buat wajib Umrah kat Mekah)
(bagi lelaki pula mereka mula pakai ihram bila tiba di KLIA sebelum naik flight)


beg para jemaah

kami naik flight ni - Saudi Airlines

niat Umrah di Miqat dan mula lah pantang larang Umrah kami 
(sentiasa dalam keadaan jaga-jaga)

...

9/2/2018

Kami sampai kat Tanah Suci Mekah jam 3.45 pagi (dah nak subuh camtu)

menginap di Hotel Mira Ajyad 700m ke Masjidil Haram
(my nameeee HEHE)

 selesai je pembahagian bilik dan letak barang dan beg , Kami diberi kad hotel yang perlu di simpan dalam beg sandang & bawa bersama ke mana je sepanjang kat Mekah
(so kalau tak ingat jalan balik ke hotel para jemaah boleh tanyakan pada pak arab di sekitar untuk tunjukkan jalan)

Umrah wajib kami buat selepas selesai solat subuh&sarapan di hotel 
(Mira dan mama sama-sama pergi Masjidil Haram solat Subuh di luar masjid sebab dah penuh , sejukk, nampak je Kaabah dari jauh dah mengalir air mata , ya Allah , aku bersyukur dapat melihat Kaabah )

(last mandi kat rumah sebelum naik flight time ni dah berlengas juga tapi sebab takut rambut gugur dan lain-lain , lupakan dulu mandi asalkan badan suci bersih daripada najis untuk masuk ke masjid buat umrah wajib)

selesai je solat subuh & sarapan
kami semua jemaah berkumpul di lobi untuk sama-sama menunaikan umrah wajib

  Perasaan teruja bila berjalan beramai-ramai dari hotel ke Masjidil Haram. Tak sabar rasanya untuk masuk ke Rumah Allah
(sambil taip ni sambil nangis rindukan suasana tu)

Umrah pertama yang juga merupakan umrah wajib ini Mira dan keluarga buat sama-sama tanpa mutawwif ; mama n ayah yang bimbing kami adik-beradik 
(mereka dah beberapa kali buat Umrah & Alhamdulillah dah selesai buat Hajji juga) 

manakala jemaah lain hanya mengikut sahaja mutawwif

selesai Saie (safa - marwah)
menunggu jemaah lelaki cukur rambut

botak sudah HEHE

Alhamdulillah sepanjang di Mekah , kami sekeluarga sempat buat 5 kali Umrah bersama-sama

makan ais krim sedap , 5 Riyal kecik macam tu 

HEHE

(plastik tu ada coklat)

selepas Subuh jemaah di Masjidil Haram (my grandmaa)

jalan-jalan kat Masjidil Haram (tingkat atas sekali) lepas solat Isyak

along dan angah HEHE

 lawatan ke Hudaibiyah (15/2/2018)

sampai di puncak Jabal Nur 
(belakang tu Gua Hira')


with ayah
(di puncak Jabal Nur)

kami kat atas ni sampai waktu maghrib

Pemandangan dari atas bukit Gua Hira'. Nampak keseluruhan Kota Makkah

hari kedua terakhir di Mekah , ayah bawa kami solat sunat dalam Hjr Ismail

sesak macam ni walaupun da pergi awal pagi

sesak dada berasak nak masuk , Alhamdulillah Mira di izinkan , 
solat sunat 2 rakaat
(ayah dan pakcik jagakan Mira daripada kena pijak dek orang yang terlalu ramai)

dapat cium Kaabah berkali-kali 

hari terakhir di Kota Suci Mekah (16/2/2018)


...

16/2/2018


Kami sampai kat Kota Madinah jam 4 petang (dah nak masuk waktu asar)

kami menginap di Hotel Mirage Al Salam 500m ke Masjid Nabawi
(pun nama mira juga HEHE)


kubah Hijau ; di atas makan Nabi Muhammad SAW dan sahabat



Alhamdulillah Mira dan mama dapat masuk & solat sunat 5 minit ( beratur untuk masuk lebih 2 jam) di Raudhah atas karpet hijau tapi ruang yang kecik je sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat


menuju ke Raudhah ; Masjid Nabawi

lawatan ke Masjid Quba 

grandmaaa


Orang yang bersolat di Masji Quba mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

hari terakhir kami di Madinah (19/2/2018)

...

19/2/2018


kami bertolak pulang ke tanah air Malaysia 



air zam-zam

...

20/2/2018


selamat tiba di Pontian (Johor)
kami sekelurga dapat sijil sebab berjaya naik hingga ke puncak Jabal Nur


...

pengalaman dapat jejak kaki ke Mekah dan Madinah
memang tak dapat dilupakan 
makin hari makin rindu nak ke sana lagi

setiap kali teringat saat mengerjakan umrah , Mira mesti senyum sorang-sorang dan menangis sebak sebab terlalu rindu

hati tenang dapat beribadah , dapat tengok kiblat umat Islam depan mata , dapat jumpa Rasulullah SAW (makam) 

SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH ツ


semoga anda yang baca blog ni diberi peluang oleh Allah untuk ke sana 

semoga dimurahkan rezeki semua 

AMIN...


MUCH LOVE


BYE ! ❤ 

No comments:

Post a Comment