ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️♥️
dalam entry ni Mira akan share tentang pengalaman dan kenangan mira sambung belajar di tingkatan 6
( KOLEJ TINGKATAN 6 PONTIAN )
♥️
Pertama sekali Form 6 bukanlah pilihan utama mira nak sambung belajar lepas je SPM. Mira masuk form 6 ni mula-mula dulu pun sebab nak tunggu tawaran IPTA(UPU) dan tunggu permohonan rayuan matrikulasi sebab first intake untuk matrikulasi (kos akaun) mira tak dapat . Rayuan pun tak dapat juga haha..Takda rezeki
Mungkin sebab result Add Math (D) yang tak membanggakan ?
(result SPM mira 7A2B+1D)
..
Selepas keputusan UPU keluar , Mira berjaya dan mendapat tawaran Diploma di UiTM Perak (diploma perakaunan sistem maklumat) tapi mira TOLAK sebab mira nak diploma Perakaunan
plus fikir yang diploma ni boleh tahan lama 3 tahun emm ,,
impian hati nak masuk matrikulasi sebab belajar singkat setahun je .....
..
Tapi, aturan Allah siapa je yang tahu kan. Mungkin dah rezeki dekat form 6 dan mira tak menyesal pun ambil Form 6/Tingkatan 6/PraUniversiti/STPM dulu
walaupun ramai makcik-makcik yang tak setuju dan pandang Form 6 sebelah mata
mereka tak tau, Form 6 pun susah wooo nak dapat pointer tinggiiii
....hmmm....
Kolej Tingkatan 6 tempat mira belajar ni memang KHAS untuk pelajar tingkatan 6 sebab
ada sesetengah Tingkatan 6 digabung dengan aliran perdana (tingkatan 1-5)
Tingkatan 6 mengambil masa 1 tahun setengah je = 3 sem 💪
dapat jimat masa dan kos belajar berbanding kalau masuk diploma
Kod pemakaian : SMART CASUAL 🙎
Masuk form 6 , mira masuk aliran sastera/kemanusiaan
📖 Subjek Mira amik kat Form 6 :
-Pengajian Am
-Sejarah
-Geografi
-Ekonomi
Disebabkan masa SPM amik aliran sastera juga : akaun , ekonomi , sejarah
so Mira boleh bawa lagi subjek2 tu masa form 6
cuma agak mencabar dan mendalam topik yang kami belajar masa di form 6 (banyak menghafal je masa form 6 ni)
..
tapi jangan risau,,, cikgu-cikgu kat form 6 memang akan sedaya upaya bantu kita sampaaaiii faham dan boleh jawab soalan peperiksaan
..
keputusan SEM 1 mira dapat pun amat membanggakan 👍
dan jadi tambah-tambah semangat nak belajar kat Form 6 ni
ni lah keputusan sem 1 mira
jeng jeng jeng
🙊
3.67 dapat naik pentas macam dekan gituu
Alhamdulillah ~
untuk pengetahuan semua , SEM 1 & 2 boleh buat ulangan peperiksaan (repeat paper) kena bayar RM 50 sahaja untuk 1 kertas / subjek
untuk sem 1 mira ulang kertas Pengajian Am dengan Sejarah sebab dapat B+
(ekonomi dengan geografi dapat A)
...
ni gred pointer STPM ; tambah semua pointer subjek yang kita dapat bahagi dengan berapa subjek kita ambil
Masuk je sem 2, kami dah start kena buat kerja kursus. Ada 2 kerja kursus pulak tu, Sejarah dan Pengajian Am , sem 3 pula Ekonomi dan Geografi
Masa ni memang kena bahagikan masa nak selesaikan ni semua.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga buat perbentangan VIVA
tapi keputusan sem 2 mira drop sikit (segan nak bagitau berapa, tapi sebenarnya bukan segan tapi DAH LUPA HAHA)
untuk sem 2 pula mira ulang SEMUA kertas ; sejarah , pengajian am , geografi , ekonomi sebab nak usaha juga dapat kan A untuk semua subjek tu
dengan harapan pointer akhir naik ☹️
(berani kan???)
Sem 3 pulak, semester yang memang kena buat betul-betul. Sebab wajaran pun tinggi dari sem 2. Pastu dahlah TAK ADA repeat paper ! Tapi Alhamdulillah, semua kerja kursus mira dapat semua A dengan bantuan cikgu dan tak lupa kerajinan dan usaha kita siapkan kerja kursus tu juga ☺️
Result sem 3 pun tersangatlah okay bagi mira sebab dapat dua A solid bagi subjek Ekonomi dan Geografi. Tapi bagi mira sem 3 nilah paling banyak dugaan dan cabaran sebab masa antara dekat-dekat lagi 1 minggu nak exam, mira macam study tak study je
belajar untuk ulang kertas Sem 1 & 2 pun belajar last minit huaaaa ☹️
Alhamdulillah, keseluruhan keputusan STPM 2017/2018 mira cemerlang dengan jayanya walaupun tak dapat 4 flat. Mira dapat pointer 3.75 . Tu pun dah kira bersyukur sebab memang target atas 3.5 dan okay sangat dah
kawan baik mira sepanjang di Form 6
dan mereka pun dah berjaya dapat pointer atas 3.5 juga
miss u both ♥️
sijil kami disampaikan oleh ahli parlimen Pontian ;
Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
belanja satu :D hehe
keputusan keseluruhan STPM
alhamdulillah
terima kasih ALLAH , mama ayah , guru dan rakan ☺️
.....
Tips untuk anda yang ingin sambung ke Tingkatan 6:
- tetapkan nawaitu yang betul untuk belajar
- berkomunikasi baik dengan guru-guru dan rakan-rakan
- jangan selalu ponteng kelas kerana jika anda terlepas topik pada hari tersebut , sangat sukar untuk memahami topik tu (kalau belajar sendiri)
- kerja kursus SIAPKAN AWAL !
- jangan tangguh kerja ( sebab kerja anda akan makin bertambah )
- buat nota setiap kali kuliah (penting sebab awak semua takkan terbaca punya 1 buku rujukan tebal tuuu)
- sering bertanya pada guru jika ada kesukaran untuk memahami topik/subjek yang anda belajar (seriously, cikgu akan bantu kita sampai kita faham )
- usaha dan terus berusaha , bukan senang untuk dapat pointer tinggi TAPI bukan susah untuk dapat pointer yang RENDAH
- berdoa dan tawakal kepada ALLAH . Allah itu maha PEMURAH ❤️
MUCH LOVE
BYE ! ❤
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pelajar sains sosial .Saya ambil Geo tpi Tak ambil ekonomi.form 6 nanti Boleh sya ambil ekonomi ke?
ReplyDeleteyes can
DeleteAkak mira , saya nak tanya form 6 ada asrama tak ? Sbb saya risau kalau saya duduk rumah saya tak berlajar nanti.
ReplyDeleteduduk asrama lagi la x belajar..trust me..i have experience in this
DeleteBetul tu rasa nk balik je rumah.
DeleteAkk..kita boleh pilih subjek sndiri eh ?
ReplyDeletepilihan subjek based on your results
DeleteTq for the tips :)
ReplyDeletemay Allah ease everything for you
good sharing dik..btw jika ade adik2 lepasan spm yg nak tau psl program pend.awal kanak-kanak under upsi.boleh wsp sis utk info 011-16930576..
ReplyDeleteTq kak .....baru nampak sikit pasal form 6 ni
ReplyDeleteKalau saya ambik sains stream....apa subjek yg sesuai saya ambik waktu form 6 ni?
ReplyDeleteBtw tq akak for the tips;-)
nice sharing session.. problem saya sekarang tentang hal repeat paper.. doakan saya !
ReplyDeleteThnks bgi tips ...bru fham ape itu form 6 ...sya hrp one day dpt jugk msuk form 6 ni ... Dn kpda orng2 di luar sna ..hope kita dpt ape yng di hajat kn .. Insya'Allah Amin ..
ReplyDeleteInsya allah .. amin semoga dipermudahkan. Biar apa orang nak kata hal2 negatif. Future kita yg tentukan sendiri😀
DeleteTq bagi tips akak . Tapi sekarang ni confuse nak pilih perdagangan atau ekonomi
ReplyDeletePilih ikut MINAT! apa yg kita suka kita akan buat dgn sungguh2. Insya allah😘 selain tu, tgk tawaran kerja sekarang banyak pada apa antara 2 course tu. mcm sye pilih ekonomi. Tp kat Uni amik degree in business majoring marketing. Sebab saya fikir, kalau x dapat kerja dgn org, saya nak buka bisnes sendiri dgn ilmu yang ada. (Sekadar berkongsi) good luck 🤗
DeleteHai.. Boleh tak saya nak tau waktu class tu mcm mana ek hari apa je ada vlass
ReplyDeleteHai.. Boleh tak saya nak tau waktu class tu mcm mana ek hari apa je ada vlass
ReplyDeleteKalau f4 and f5 x ambil ekonomi f6 nk ambil eko tkpa ke
ReplyDeleteBoleh je. Tpi pastikan boleh bawak
DeleteKalau time f4 f5 dulu amek ekonomi tapi tk amek geografi..f6 nk amek geografi boleh ke??:)
ReplyDeleteSya x ambik eko form5 bila naik form6 dpt eko n wktu form5 sya sedikit lebih math selalu gagal dlm exam spm pun dpt c+ sahaja pada pendapat awk ada x kemungkinan sya bole lulus dgn baik untuk kos eko ni ?
ReplyDeleteSya x ambik eko form5 bila naik form6 dpt eko n wktu form5 sya sedikit lebih math selalu gagal dlm exam spm pun dpt c+ sahaja pada pendapat awk ada x kemungkinan sya bole lulus dgn baik untuk kos eko ni ?
ReplyDeletenak tnya boleh ke kalau f6 kita amik sains sosial tapi bila sambung degrees nnti nak amik information technology ( IT )
ReplyDeleteHai kaq nur Amira,Saya Tahun nak masuk form, 6 boleh nur Amira share Kan nota sepanjang akak belajar tak.terima kasih
ReplyDeletehai kak , nak tanya kalau kita stpm tak ambil account tapi ambil eko je boleh ke sambung degree dalam perkaunan
ReplyDeleterujuk pada universiti tertentu & kaunselor sebelum buat keputusan .
Deletehi. kalau UKM boleh, sebab nak masuk bidang akaun akan tengok pointer untuk tahun pertama. ada basic knowledge pun da ok. cuma akan ada tambahan 1 tahun utk pelajar akaun
ReplyDeleteHi. Nak tanya. Antara geografi dan ekonomi mane yang rasa okey dan senang nk score? Tengah dilema nak pilih mane ni😭
ReplyDeleteikut pada minat.. kalau saya lebih suka ekonomi sbb banyak kaitan dgn isu semasa dan hafalan juga.
Deletehi nak tanya ada ke calon stpm yang umur selain 18? saya nak mohon tapi tak sempat buat permohonan untuk tahun ni,saya ingat nak cuba mohon untuk tahun depan sebab dia kata syarat kemasukan umur 17-20,so kalau mohon masuk next year boleh ke sebab next year saya dah 19?
ReplyDeleteboleh rujuk kolej tingkatan enam beredekatan untuk dapatkan syarat terkini kemasukan pelajar T6...
Deleteakak buku apa je yang diperlukan masa masuk form 6? btw saya ambil sains sosial
ReplyDeletezaman stpm saya, nota dari cikgu lagi berguna. apa yg cikgu cakap dan bagi tips tolong catat. sebb kita pun takkan ada masa nak baca 1 buku rujukan yg tebal.jangan skip kelas, kalau cuti pun cuba pinjam nota kawan.
Deletebuku rujukan boleh tanya/refer cikgu tersebut sebab cikgu yg mengajar lebih tahu buku rujukan yg sesuai, biasanya mereka akan list kan suggestion buku yg pelajar boleh beli...
Hi akak kalau ambil bidang ekonomi tu kebanyakkan hafal kah? DAN kalau ambil ekonomi & perniagaan dapat kah ada peluang pekerjaan kalau dah habis stpm. Mhmm... risau
ReplyDeletehi dear, ya banyak hafal dan berkait dengan isu semasa. jangan risau,, bidang perniagaan banyak sangat kerja yg kita boleh ceburi . kalau sambung Universiti, boleh ambil kos pentadbiran perniagaan. Peluang kerja lebih luas (FYI, saya sudah bekerja sekarang :)
Delete