Sunday, December 2, 2018

PENGALAMAN INTERVIEW / TEMUDUGA DI UKM

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️

entry kali ni mira nak share tentang pengalaman mira hadiri temuduga (face to face) kat UKM (5 JUN 2018) bagi kemasukan Ijazah Pertama UKM program Pentadbiran Perniagaan (KP03)

BTW hari entry ni ditulis (3/12/2018) alhamdulillah mira dah ada di UKM 
.. 
hehe ✌

untuk pengetahuan awal :

~ sesi temuduga di UKM menggunakan bahasa Melayu
~ tempoh pengajian bagi kursus Pentadbiran Perniagaan hanya 3 TAHUN (tempoh pengajian bergantung pada kursus) 

so mira nak share sikit untuk bantu awak / anda yang bakal menghadapi ujian temuduga
....
sejujurnya pengalaman temuduga mira tak seindah pengalaman orang lain sebab banyak sangat dugaan , bila da masuk UKM ni tergelak pulak bila teringat keKALUTAN diri sendiri 😥
....
jemput lah baca dan ambil ia sebagai pengajaran (JANGAN JADI MACAM MIRA) hahaha...

mira simpan lagi senarai semak untuk dibawa masa temuduga tu

..

mira prepare semua ni 2 hari sebelum tarikh temuduga :P kelam kabut gilaaa
sebab baru je balik dari Umrah time tu + sibuk kemas untuk pindah rumah . perasaan bangga dapat panggil interview ni tak boleh nak gambarkan . sebab salah satu doa mira masa depan Kaabah ; nak masuk UKM (doa mesti spesifik termasuk sebut sekali kos apa) alhamdulillah Allah tunaikan

TAPI.... ni baru temuduga , belum tentu dapat lagi kan? Tetap kena bersyukur sebab tak semua orang dapat dipanggil :)

kisah sebalik nak prepare dokumen-dokumen tu . Allah uji sebab kecuaian sendiri , TRANSKRIP STPM ku hilanggggg 😭

 dengan baki 2 hari untuk pergi (jauh juga perjalanan Paka,Terengganu-Bangi) salah satu dokumen penting tak ada (boleh jadi punca temuduga diTOLAK)  time ni memang kecewa habis sampai nak cancel pergi interview tu dan tunggu keputusan UPU mana tau dapat U lain
.........
TERingat doa ni 

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ16. “Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakkal kepadaNya, dan tiada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah”. [25] 
lepas je baca 9 kali , Allah kembalikan ingatan kat mana mira letak transkrip tu , ALHAMDULILLAH 👐 kuasa Allah, jumpa n syukur boleh pergi temuduga tu

tak habis di situ je 😓

rupanya baru tahu dokumen-dokumen salinan kena dapatkan cop tandatangan dengan ketua kampung/pegawai gred 44 hahaha sekali lagi daku terduduk termenung dan menyalahkan diri ツ
akhirnya .. mira pun jumpa no tel akak pemudah cara untuk bahagian temuduga UKM dan akak tu tenangkan mira dan suruh datang je tanpa fikir borang-borang tak di cop tu

masa ni kecoh dengan perubahan kerajaan lepas sahaja PRU-14 (9 MEI 2018)
jadi nya mira pun study banyak pasal isu semasa apa jadi pada ekonomi Malaysia dan topik paling panas masa tu ialah "GSTvsSST"


TEMUDUGA UKM :


tempat : fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP) 

masa pendaftaran : 8.30 AM , 5 Jun 2018 (selasa) 


mira pergi UKM Bangi dengan ayah je sebab mama uruskan adik-adik sekolah
....
kami gerak dari rumah jam 3.30 am sahur siap-siap kat rumah , bawak makanan sikit untuk makan dalam kereta sebelum habis waktu sahur

sampai je kat UKM ,, masya allah , datang perasaan bangga sebagai anak sulung yang 'hampir' berjaya tunaikan hasrat ayah nak tengok anak masuk dalam univerisiti . time tu banyak doa semoga lulus interview ni . pertama kali masuk UKM ,, WOWW~ terujaaaaaaa
.....
bermula lah kisah temuduga ku pada pagi selasa  😌

sampai UKM tepat pukul 8.40 AM

terus masuk fakulti , beratur untuk daftar (bagi semua surat tawaran temuduga , dokumen/sijil salinan, gambar passport yang diminta dalam senarai semak dokumen)

selesai semua , kami dibawa masuk ke dalam Dewan Kuliah bagi pengagihan kumpulan (temuduga secara kumpulan ; 1 kumpulan 6 orang)

 dalam dewan kuliah tu mereka paparkan di skrin , 13 tajuk yang akan disoal oleh pensyarah/penemuduga

kami 1 kumpulan pilih tajuk "pengangguran dalam Malaysia"

tapiiii yang disoal dalam bilik temuduga tu bukan soalan tu pun sebab penemuduga tu yang akan pilih tajuk yang kami perlu huraikan

kumpulan mira , kumpulan pertama yang dibawa ke dalam bilik kuarantin , debar nya tak boleh nak cerita lahhh time tu mula sejuk 1 badan , sakit perut bagai haahaa

cuak punya pasal,, masuk je bilik temuduga bagi salam pada semua penemuduga, semua ambil tempat masing-masing (mira duduk betul-betul depan penemuduga) DANNNNNN BARU PERASAN fail sijil original hilang/tercicir

dugaaaaaaannnnnnn..... 💢

dalam keadaan semua dah duduk dan sedia untuk ditemuduga , mira keluar dari bilik tu untuk cari fail sebab risau haaa da lah sijil ori n takut pensyarah tu nak semak fail tu (menangissssssss) sebab dalam otak da fikir ni mesti temuduga aku GAGAL  huaaaa 😞

da puas cari kat luar bilik tu pemudah cara suruh mira masuk juga dalam bilik n habis nanti sambung cari fail tu (mata da sembab dah sebab nangis) 😩
...
mira pun masuk semula bilik temuduga dan minta maaf kat semua penemuduga
(memang ketara dalam bilik tu mira paling tak senang duduk dan mira sorang je tak ada fail sijil ori atas meja) ☹️
....
selesai je sesi perkenalan diri (dalam Bahasa Melayu),,,
kami 1 kumpulan dapat tajuk tentang "berniaga sambil belajar di universiti" lebih kurang begitu lah tajuknya sebab kami pun dari program pentadbiran perniagaan

...
Dengar je topik tu , mira terujaaaaa sebab senangggg 😲
mira pernah buat perniagaan online (jadi stokis produk) maakaaaanya memang banyak lah isi yang mira bagi dan huraikan , (sebab tu kot temuduga mira LULUS akhirnya walaupun sah-sah markah ada kena tolak sebab tak bersedia) hmmm
...
perbincangan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu
...
soalan yang boleh mereka tanya & perlu dijawab dalam Bahasa Inggeris pula
.
1. Mengapakah kamu memilih UKM? 
#mira jawab sebab UKM guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar#
2. Mengapakah kamu meminati subjek yang diambil?
#mira amik pentadbiran perniagaan sbb minat bisnes dan ada asas subjek2 cthnya ekonomi,akaun dll
#sebab yang lain ; program ni tawar tempoh pengajian 3 TAHUN JEEE berbanding kat IPTA lain 
3. Apakah yang kamu tahu tentang Research Universiti/ universiti penyelidikan?
4. Mengapakah UKM harus memiliki kamu sebagai pelajar? 
#cerita kebolehan anda apa yang anda nak sumbang pada UKM#

ni soalan yang mira dapat ⇣

"As a student of UKM, what would you do to promote UKM as a cluster University?"
"why do you choose UKM"

mula lah kalut nak susun ayat sebab nervous HAHA tapi chill jee 
jangan sampai gagap-gagap sudah HEHE
...
temuduga ambil masa dalam 10 minit je , habis je temuduga , mira keluar dan mula misi mencari fail sijil tu , alhamdulillah jumpa kat atas kerusi bilik kuarantin ☺

HAHAHA ...

masuk je kereta , tak cerita pun kat ayah kisah-kisah sedih dan cuak yang terjadi tu , takuttt lah kena marah pulak nanti sebab CUAI hahahahaha 😆
dalam hati "kalau lulus temuduga ni , sah dapat masuk UKM baru nak cerita kat mama ayah"
.....

KESIMPULAN dari kisah temuduga mira ni :

-jangan buat kerja waktu-waktu akhir (last minute) lagi-lagi hal penting untuk masa depan kita
-sediakan semua kelengkapan / dokumen untuk temuduga secara lengkap dan kemas 
-elakkan diri daripada terlalu CUAK / GEMENTAR sebab nanti semua benda nak buat jadi tak sempurna , tenang-tenang je dan banyakkan berdoa zikir

......

entry berikutnya mira akan share dengan adik-adik semua 
TIPS TEMUDUGA UNIVERSITI 💋

jangan lupa untuk baca HEHE 

PST: kalau nak contact mira utk tanya apa-apa mira sedia bantu awak semua
(number mira ada di BIO Blog) 


MUCH LOVE


BYE ! ❤ 

4 comments:

  1. Nak contact sis dekat mana ya ?

    ReplyDelete
  2. Hai sis.. Nk tnya sy isi dkt upu tp xde pon # utk iv.. Ke skrng sistem dy dh lain?

    ReplyDelete
  3. mcm mana nk contact dgn sis ye🤧

    ReplyDelete
  4. Salam, min pointer stpm utk kos ni berapa ya..

    ReplyDelete