Tuesday, December 25, 2018

UKM CITRA TANAMAN HIASAN KUALITI UDARA LMST 1522

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️


entry kali ni Mira nak share pengalaman Mira ambil citra 
TANAMAN HIASAN KUALITI UDARA LMST 1522
masa sem 1 di UKM

 Image result for tanaman hiasan
ornamental plant 😊

citra ni bagi Mira senang je nak score asalkan awak semua siapkan tugasan yang pensyarah bagi tepat pada waktu dan buat tugasan dengan sempurna 

citra ni juga dijadualkan pada hari Selasa 2pm-4pm di bangunan FST baru

dalam citra ni , pelajar akan mengetahui tentang konsep , teori dan amalan membersihkan udara menggunakan tanaman hiasan  

Image result for assignment
jangan ingat citra ni tak ada assignment yaaa hehehe 😌

assignment yang pensyarah bagi semua senang-senang tauuuuu 

ANTARANYA : 

-buat sketch/lukisan tanaman hiasan menarik yang ditanam dalam pasu yang menarik 

-buat blog tentang tanaman hiasan 
(ni link contoh mira punya blog) ↴
https://nuramiraazahar.blogspot.com/2018/10/tanaman-hiasan-ornamental-plant.html

-buat video tentang tanaman hiasan pilihan kita 
(ni link contoh mira punya video di Youtube)
https://youtu.be/p52ad2lvgaY

-buat video last projek tentang tanaman hiasan pilihan kita tapi kalini kena promote kat ramai orang untuk dapatkan views dan LIKE sebab pemarkahan berdasarkan LIKE yang pelajar dapat selain daripada kreativiti , keunikan dan praktikaliti
(ni link contoh mira punya video tugasan akhir di Youtube) ↴
https://youtu.be/8Kc_w_qBF5Q

JANGAN LUPA KLIK LIKE YAA hehehe 💖
Related image
...

so far citra ni tak beban sangat pun 

fun jeee yang penting cari kumpulan yang boleh bagi kerjasama dan perlu siapkan task-task yang diberi tepat pada masa 

so guyyssss

jangan lupa , daftar citra TANAMAN HIASAN KUALITI UDARA LMST 1522 
ni tauuu



MUCH LOVE



BYE ! ❤ 


Wednesday, December 12, 2018

UKM PENGANTAR PENGURUSAN EPPD 1053 ~

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️


entry kali ni Mira nak share pengalaman Mira belajar subjek 
Pengantar Pengurusan EPPD 1053
masa sem 1 di UKM  



apa yang penting
kerjaasaaamaaa


sharing dalam entry kali ni bukan lah nak terangkan secara detail tentang subjek ni 

tapi Mira nak share tentang group assignment Mira yanggg sangaaattt best dan pentingkan kerjasama dalam kumpulan

seriously tak menyesal langsung kenal mereka 

assignment yang kelas kami dapat daripada pensyarah ialah berkaitan "leading - motivasi"
dimana kami kena buat 1 video (5 minit) hasil daripada tajuk yang diberi

...

 maka , kami pun menemu duga pengurus Danau Golf yang terletak di dalam UKM


bersama pengurus Danau Golf

settle interview YEAYY

di hadapan Danau Golf

bincang tentang pembikinan video kami

ahli kumpulan 
(MIRA , AIDA , KELLY , HAZIQ)

...

kalau nak tengok video tu boleh buka kat link youtube kat bawah ni HEHE ↴

...

dapat ahli kumpulan yang prihatin dan kerjasama sangat buatkan Mira rasa bersyukur Allah temukan kami

assignment kami buat sama-sama tanpa berat sebelah dan pentingkan diri 

apa-apa pun kamu semuaa memanggg terbaik 

hope to see you guys again



MUCH LOVE



BYE ! ❤ 


UKM CITRA PENJAGAAN KESIHATAN DIRI LMCR 2142 ~

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️


entry kali ni Mira nak share pengalaman Mira masuk kelas 
citra penjagaan kesihatan diri LMCR 2142
masa sem 1 di UKM  

...

Related image

Citra ni bagi Mira senang dan fun sebab 
TAK ADA EXAM 

kuliah yang disampaikan berdasarkan ilmu-ilmu untuk menjaga kesihatan diri , simptom-simptom penyakit dan lain-lain


kelas citra ni diadakan setiap hari Khamis 8-10 pagi kat D KB 1 (FST baru)

( Mira dari Kolej Aminuddin Baki , so biasanya akan jalan kaki je dalam 7 minit camtu atau kalau mood MALAS naik je bas HAHA )

...


Jurnal kesihatan ni setiap pelajar perlu isi dan siapkan pada setiap minggu sepanjang sem tersebut

...

Antara Task untuk citra ni :

- 2 refleksi (short essay) berdasarkan apa yang anda belajar semasa kuliah
- kuiz keseluruhan tajuk sepanjang kuliah dalam sem tersebut 
- tugasan berkumpulan (dokumentari / video tentang "sarapan sihat") 

Pembentangan tugasan secara kumpulan ni buat masa minggu akhir sem 
(setiap kumpulan kena agihkan menu sarapan kepada warga UKM)
...

kalau nak tengok video tu boleh buka kat link youtube kat bawah ni HEHE ↴
https://youtu.be/24U6HTesaMw

...

so far citra ni tak beban sangat pun 

fun jeee yang penting cari kumpulan yang boleh bagi kerjasama dan perlu siapkan task-task yang diberi

so guyyssss

jangan lupa , daftar citra Penjagaan Kesihatan Diri LMCR 2142 ni tauuu



MUCH LOVE



BYE ! ❤ 



Saturday, December 8, 2018

UKM CITRA PENGAWALAN BERAT BADAN LMCR 1622 ~

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️


entry kali ni Mira nak share pengalaman Mira masuk kelas 
citra pengawalan berat badan LMCR 1622 
masa sem 1 di UKM  

...


Mira nak cakap yang citra ni besstttt gilaaa 
 sebab 

TAK ADA EXAM , TASK SENANG & BERAT BADAN PUN TURUNN 💁🏼‍♀️
sangat berbaloi untuk awak yang nak turun berat badan seriousss !!!!

...

kelas citra ni diadakan setiap hari Rabu 5-7 petang kat DK 1 FEP
(Mira memang fakulti ekonomi pengurusan plus dekat dgn Kolej KAB so senang nak gerak pergi kelas HEHE)

PENILAIAN MARKAH BERDASARKAN :
1.Penurunan berat badan - 20%
2.Log senaman (20 log) - 20%
3.Log pemakanan (7 log)– 20%
4.Kehadiran - 20%
5.Larian 10km - 20%
...

dalam kelas ni juga , kita akan diajar untuk kira kalori & nilai nutrisi dalam makanan yang kita ambil (untuk buat log pemakanan)
...

 setiap pelajar perlu ada akaun Instagram untuk lengkapkan 
LOG SENAMAN & LOG PEMAKANAN 

contoh Mira punya akaun IG

log pemakanan 

log senaman 

task 10 KM (tapi terbuat extra 6 KM weyh !! HAHAHA

disebabkan nak tahu berat badan turun tak
 Mira beli lahhh penimbang ni HUHU


so far citra ni tak beban sangat pun 

fun jeee kalau memang niat nak masuk citra ni untuk kurus 

TESTIMONI ; 

lepas je Mira join citra LMCR 1622 ni 

berat Mira turun 4.8 KG !

60KG - 55.2KG

persoalannya mampu kah kita teruskan niat kurus tu lepas tamat sem (berakhir kelas citra ni) 

TEEETTTTTTTTT 
HAHAHAHA

jangan lupa , daftar citra Pengawalan Berat Badan LMCR 1622 ni tauuu
seriousss besttt 


MUCH LOVE



BYE ! ❤ 

Thursday, December 6, 2018

Kenangan manis tunai Umrah 2018

ASSALAMUALAIKUM , HI ☺️

entry kali ni Mira nak share pengalaman dan kenangan manis dapat tunaikan Umrah dengan keluarga pada Februari 2018 

Ini adalah Umrah kedua Mira , 1st masa umur 6 tahun 
kali kedua ni masa umur 20 tahun


(8/2/2018 ~ 20/2/2018)

...

(rindu nak pergi sana lagi makin membuak-buak)

kami sekeluarga tunai Umrah dengan Pakej Umrah daripada syarikat Legenad Travel & Tours
(trip kami pergi ke Mekah dulu then pergi Madinah)

...

Pontian (JOHOR) → KLIA → JEDDAH → MEKAH → MADINAH

Persediaan paling utama yang perlu dititikberatkan adalah – perlu tahu apakah ilmu dan amalan yang mesti dilakukan bila tiba di tanah suci iaitu:
  1. Rukun umrah
  2. Bacaan semasa umrah
  3. Pantang larang umrah
  4. Bacaan sunat lain .          
.....

disebabkan kami terus bergerak ke Tanah Suci Mekah , maka dari rumah lagi kami dah mandi sunat Ihram dan siap-siap dengan pakaian tutup aurat 
(dari rumah mira pakai jubah dan kekal pakai jubah tu sampai habis buat wajib Umrah kat Mekah)
(bagi lelaki pula mereka mula pakai ihram bila tiba di KLIA sebelum naik flight)


beg para jemaah

kami naik flight ni - Saudi Airlines

niat Umrah di Miqat dan mula lah pantang larang Umrah kami 
(sentiasa dalam keadaan jaga-jaga)

...

9/2/2018

Kami sampai kat Tanah Suci Mekah jam 3.45 pagi (dah nak subuh camtu)

menginap di Hotel Mira Ajyad 700m ke Masjidil Haram
(my nameeee HEHE)

 selesai je pembahagian bilik dan letak barang dan beg , Kami diberi kad hotel yang perlu di simpan dalam beg sandang & bawa bersama ke mana je sepanjang kat Mekah
(so kalau tak ingat jalan balik ke hotel para jemaah boleh tanyakan pada pak arab di sekitar untuk tunjukkan jalan)

Umrah wajib kami buat selepas selesai solat subuh&sarapan di hotel 
(Mira dan mama sama-sama pergi Masjidil Haram solat Subuh di luar masjid sebab dah penuh , sejukk, nampak je Kaabah dari jauh dah mengalir air mata , ya Allah , aku bersyukur dapat melihat Kaabah )

(last mandi kat rumah sebelum naik flight time ni dah berlengas juga tapi sebab takut rambut gugur dan lain-lain , lupakan dulu mandi asalkan badan suci bersih daripada najis untuk masuk ke masjid buat umrah wajib)

selesai je solat subuh & sarapan
kami semua jemaah berkumpul di lobi untuk sama-sama menunaikan umrah wajib

  Perasaan teruja bila berjalan beramai-ramai dari hotel ke Masjidil Haram. Tak sabar rasanya untuk masuk ke Rumah Allah
(sambil taip ni sambil nangis rindukan suasana tu)

Umrah pertama yang juga merupakan umrah wajib ini Mira dan keluarga buat sama-sama tanpa mutawwif ; mama n ayah yang bimbing kami adik-beradik 
(mereka dah beberapa kali buat Umrah & Alhamdulillah dah selesai buat Hajji juga) 

manakala jemaah lain hanya mengikut sahaja mutawwif

selesai Saie (safa - marwah)
menunggu jemaah lelaki cukur rambut

botak sudah HEHE

Alhamdulillah sepanjang di Mekah , kami sekeluarga sempat buat 5 kali Umrah bersama-sama

makan ais krim sedap , 5 Riyal kecik macam tu 

HEHE

(plastik tu ada coklat)

selepas Subuh jemaah di Masjidil Haram (my grandmaa)

jalan-jalan kat Masjidil Haram (tingkat atas sekali) lepas solat Isyak

along dan angah HEHE

 lawatan ke Hudaibiyah (15/2/2018)

sampai di puncak Jabal Nur 
(belakang tu Gua Hira')


with ayah
(di puncak Jabal Nur)

kami kat atas ni sampai waktu maghrib

Pemandangan dari atas bukit Gua Hira'. Nampak keseluruhan Kota Makkah

hari kedua terakhir di Mekah , ayah bawa kami solat sunat dalam Hjr Ismail

sesak macam ni walaupun da pergi awal pagi

sesak dada berasak nak masuk , Alhamdulillah Mira di izinkan , 
solat sunat 2 rakaat
(ayah dan pakcik jagakan Mira daripada kena pijak dek orang yang terlalu ramai)

dapat cium Kaabah berkali-kali 

hari terakhir di Kota Suci Mekah (16/2/2018)


...

16/2/2018


Kami sampai kat Kota Madinah jam 4 petang (dah nak masuk waktu asar)

kami menginap di Hotel Mirage Al Salam 500m ke Masjid Nabawi
(pun nama mira juga HEHE)


kubah Hijau ; di atas makan Nabi Muhammad SAW dan sahabat



Alhamdulillah Mira dan mama dapat masuk & solat sunat 5 minit ( beratur untuk masuk lebih 2 jam) di Raudhah atas karpet hijau tapi ruang yang kecik je sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat


menuju ke Raudhah ; Masjid Nabawi

lawatan ke Masjid Quba 

grandmaaa


Orang yang bersolat di Masji Quba mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

hari terakhir kami di Madinah (19/2/2018)

...

19/2/2018


kami bertolak pulang ke tanah air Malaysia 



air zam-zam

...

20/2/2018


selamat tiba di Pontian (Johor)
kami sekelurga dapat sijil sebab berjaya naik hingga ke puncak Jabal Nur


...

pengalaman dapat jejak kaki ke Mekah dan Madinah
memang tak dapat dilupakan 
makin hari makin rindu nak ke sana lagi

setiap kali teringat saat mengerjakan umrah , Mira mesti senyum sorang-sorang dan menangis sebak sebab terlalu rindu

hati tenang dapat beribadah , dapat tengok kiblat umat Islam depan mata , dapat jumpa Rasulullah SAW (makam) 

SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH ツ


semoga anda yang baca blog ni diberi peluang oleh Allah untuk ke sana 

semoga dimurahkan rezeki semua 

AMIN...


MUCH LOVE


BYE ! ❤